Privacy Policy (MS)

DASAR PRIVASI

Terakhir dikemaskini pada: 02-06-2022

Salam, kami adalah Re:Crave (“Platform”) di mana kami merupakan satu “social gift platform” atau satu platform pemberian sosial. Kami menghormati kesemua hak individu yang mengakses atau menerima perkhidmatan (“Perkhidmatan”) kami melalui Platform Kami. Kami memahami bahawa kami mempunyai tanggungjawab di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dalam mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami. Dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) adalah direka untuk menolong anda memahami bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadu anda.  

 

  1. KEGUNAAN DATA PERIBADI ANDA (TUJUAN)

Tujuan-tujuan kami megumpul data anda adalah berikut:  

  1. Mempertimbangkan dan/atau memproses pembukaan akaun anda;

  2. Menguruskan dan mengendalikan,pergunaan anda dengan Perkhidmatan kami;

  3. Mengingatkan hubungan anda dan mengingatkan akaun anda dengan Platform kami;

  4. Membalas, memproses dan melengkapkan pesanan produk yang disenaraikan oleh Penjual di Platform kami;

  5. Melengkapkan pesanan produk anda dan memproses pesanan tersebut untuk tujuan penghantaran ke alamat anda atau Penerima;

  6. Untuk anda menyenaraikan produk anda atau apa-apa kandungan berkenaan dengan perniagaan anda seperti nama perniagaan, kandungan dan lain lain (jika anda seorang Penjual).  

  7. Menguatkuasakan syarat Terma Penggunaan dan Perkhidmatan kami atau mana-mana perjanjian yang berkenaan;

  8. Untuk mengutip pembayaran bagi pihak anda (jika anda seorang Penjual) dan memasukkan bayaran tersebut ke dalam akaun anda mengikut Terma Penggunaan dan Perkhidmatan kami;

  9. Untuk komisyen kami dan “processing fees”;

  10. Untuk membendung aktiviti haram dan penipuan;

 

  1. Pengenalisaan untuk memahami Perkhidmatan kami;

  2. Untuk kami berinteraksi dan berkomunikasi dengan anda;

  3. Mengekalkan dan mengemas kini perisian suapaya Perkhidmatan kami berjalan dengan lancar;

  4. Untuk pengesahan identiti anda atau Penerima (di mana anda memberikan maklumat Penerima secara sukarela kepada kami);

  5. Untuk berurusan atau memudahkan perkhidmatan pelanggan, untuk melaksanakan arahan atau menjawab sebarang pertanyaan oleh anda atau wakil anda;

  6. Menghubungi anda atau Penerima (di mana anda memberikan maklumat Penerima secara sukarela kepada kami) melalui panggilan suara, mesej teks, e-mel, pos atau kaedah lain yang membolehkan kami menguruskan urusan anda;

  7. Membuat penyelidikan, analisis dan aktiviti aktiviti seperti survey, pengenalisa dan profiling untuk menganalisis bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan kami supaya kami boleh memperbaiki Perkhidmatan dan platform kami atau meningkatkan pengalaman pelanggan anda;

  8. untuk membolehkan audit dan kaji selidik untuk, antara lain, mengesahkan saiz dan komposisi penonton sasaran kami, dan memahami pengalaman mereka dengan Perkhidmatan kami;

  9. untuk pemasaran dan pengiklanan, dalam hal ini, untuk menghantar kepada anda melalui pelbagai medium dan kaedah komunikasi maklumat pemasaran dan promosi dan bahan-bahan yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan namun anda boleh berhenti melanggan daripada menerima maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi berhenti melanggan dalam bahan-bahan pengiklanan elektronik;

  10. untuk pemasaran, pengiklanan (secara awam);

  11. untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan untuk pelaporan dalaman dan berkanun dan/atau keperluan penyimpanan rekod; 

  12. untuk mengaudit perniagaan kami;

  13. untuk menjalan usaha wajar (due diligence) atau pemeriksaan lain mengikut kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan atau prosedur pengurusan risiko yang mungkin diperlukan oleh undang-undang atau yang mungkin telah disediakan oleh kami;

  14. untuk mencegah atau menyiasat sebarang pelanggaran syarat Terma Penggunaan dan Perkhidmatan, penipuan, aktiviti yang menyalahi undang-undang, kecuaian atau salah laku, sama ada berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda atau apa-apa perkara lain yang timbul daripada hubungan anda dengan kami;

  15. untuk bertindak balas terhadap tuntutan yang diancam atau tuntutan sebenar yang diajukan terhadap kami 

  16. menyimpan, menganjurkan, menyandarkan (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda;

  17. untuk menangani dan/atau memudahkan transaksi aset perniagaan atau transaksi aset perniagaan yang berpotensi, di mana transaksi tersebut melibatkan kami. “Transaksi aset perniagaan merujuk kepada pembelian, penjualan, pajakan, penggabungan atau sebarang pengambilalihan, pelupusan atau pembiayaan lain organisasi atau sebahagian organisasi atau mana-mana perniagaan atau aset sesuatu organisasi; dan/atau

  18. tujuan-tujuan lain di mana kami akan memberitahu anda.

 

  1. KEBENARAN

Sila memahami bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan kami, membuka akaun dengan kami, log masuk dengan akaun sosial media anda, mengakses Perkhidmatan kami, melawat Platform kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda menerima Dasar Privasi ini dan membenarkan kami untuk mengumpul, meggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data anda.

 

  1. KETIDAK BENARAN

Jika anda tidak bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda seperti yang dihuraikan dalam Dasar Privasi ini, dengan dukacitnya kami memerlukan anda untuk jangan mengunakan Perkhidmatan kami atau akses Platform kami.

 

  1. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI KAMI

Kami mungkin meminda Dasar Privasi kami pada bila-bila main dan pindaan tersebut akan dipaparkan di Platform kami. Sejauh mana yang diizinkan oleh undang-undang, penggunaan Perkhidmatan atau Platform oleh anda secara berterusan merupakan satu pengakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan yang dibuat pada Dasar Privasi ini.

 

  1. DATA PENERIMA

Pembeli mungkin akan memberi kepada kami data orang yang menerima produk atau barang tersebut (“Penerima”) namun data Penerima hanyalah untuk mengatur penghantaran barang yang dipesan oleh Pembeli kepada alamat Penerima (ini termasuklah mengesahkan butiran atau maklumat Penerima semasa menghantar produk atau barang tersebut) seperti yang dipinta oleh Pembeli. Ini adalah supaya kami boleh menjalankan obligasi kami terhadap Pembeli yang telah menggunakan Platform dan Perkhidmatan kami. Maklumat ini akan dikenali sebagai maklumat transaksi Penerima. Apabila Pembeli menghantar data Penerima kepada kami, Pembeli akan dianggap telah mendapat kebenaran daripada Penerima.

Berkenaan dengan data Penerima, kami akan membantu Pembeli untuk mengingat perhubungan dengan Penerima dan maklumat yang sebelum ini diberikan oleh Penerima kepada kami. Kami akan menyimpan rekod data Penerima terutamanya apabila kami terpaksa berurusan dengan pertikaian, aduan atau prosiding undang-undang yang melibatkan Penerima. Tapi ini sahajalah yang kami lakukan dengan data Penerima. Untuk mengelakkan keraguan, data Penerima tidak akan digunakan untuk tujuan pemasaran atau mana-mana tujuan lain selain daripada yang dimaklumkan di sini. Penerima boleh melaksanakan hak Penerima di bawah undang-undang setakat yang dibenarkan oleh undang undang. Dah jika kami boleh membantu berkenaan dengan hak seorang Penerima di bawah undang-undang, Penerima boleh menghantar emel kepada kami. 

 

  1. DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL

Kami mungkin mengumpul data peribadi anda seperti berikut:

  1. Butir-butir pengenalan anda seperti nama, salutasi, alamat, alamt e-mel dan butiran kenalan yang lain seperti nombor telefon; 

  2. Butiran maklumat yang mengenal perniagaan dan produk anda;

  3. Hubungan anda dengan Penerima (jika anda seorang Pembeli);

  4. Maklumat bank akaun anda;

  5. Lokasi anda;

 

  1. Maklumat transaksi berkenaan dengan Penerima seperti nama, alamat dan nombor telefon Penerima;

  2. Data pemasaran dan komunikasi;

  3. Maklumat lain-lain yang diberikan oleh anda apabila menggunakan Perkhidmatan dan Platform kami.

 

Data peribadi yang anda hantar kepada kami hendaklah tepat dan tidak mengelirukan. Kami mungkin memerlukan anda untuk mengesahkan maklumat anda. 

 

  1. BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PRIVASI ANDA?

Kami akan mengumpul data privasi anda apabila yang berikut berlaku:

  1. Mendaftar akaun anda dengan kami;

  2. Mengakses Perkhidmatan kami;

  3. Menghubung akaun anda dengan laman media sosial;

  4. Menyenaraikan Produk anda (anda sebagai Penjual) atau memberikan kandungan berkenaan perniagaan anda di Platform kami;

  5. Berkomunikasi dengan kami;

  6. Melanggan pernerbitan kami seperti surat berita;

  7. Menggunakan Platform kami;

  8. Menyertai program survey kami;

  9. Membalas kepada bahan pemasaran kami;

  10. Membalas kepada tawaran atau promosi kami;

  11. Membuat aduan kepada kami; 

  12. Memberi maklum balas kepada kami;

  13. Memberikan kami maklumat Penerima;

  14. Meminta pembayaran daripada kami atau apabila kami memasukkan pembayaran ke dalam akaun anda; dan/atau

  15. Membuat transaksi pembayaran atau mana-mana transaksi yang lain apabila menggunakan Perkhidmatan kami.

Data peribadi yang kami kumpul bukan terhad kepada yang dimaklumkan di atas tetapi situasi atas hanya memaklumkan contoh situasi di mana data peribadi anda mungkin akan dikumpul. 

Kami mungkin menggunakan “cookies” atau teknologi yang serupa untk mendapatkan maklumat anda. Anda boleh menolak penggunaan “cookies” tersebut di tetapan akaun anda atau menghantar e-mel kepada kami. Namun, penolakan penggunaan “cookies” mungkin akan menjejaskan penggunaan Platform kami.



  1. DATA PERIBADI DIPERLUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG

Akan ada data peribadi yang mungkin perlu didedahkan di bawah undang-undang. Dalam keadaan sedemikian, anda mengakui, menbenarkan, dan bersetuju untuk kami akses, proses dan dedahkan data peribadi anda kepada pihak yang berkaitan apabila terpaksa berbuat demikian di bawah undang-undang, perintah mahkamah atau arahan mana-mana pihak berkuatkuasa.

 

  1. DENGAN SIAPA KAMI KONGSI DATA PERIBADI ANDA?

Kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat kepada otoriti kerajaan berkenaan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan. Kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat anda kepada syarikat penghantaran (shipping company), penjual atau mana-mana pihak ketiga yang menolong operasi perniagaan kami. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat atau organisasi yang membantu memproses, melaksanakan transaksi, menolong Perkhidmatan kami berjalan dengan lancar di Platform kami atau membantu perniagaan kami. 

Kami juga akan mendedahkan maklumat anda kepada pembeli atau pengganti lain sekiranya berlaku penggabungan, penyahgaraman, penyusunan, penyusunan semula, pembubaran atau penjualan/permindahan sebahagian atau seluruh aset kami, sama ada ianya melibatkan kebankrapan, kebubaran atau prosiding yang serupa di mana data peribadi anda adalah terlibat.

 

  1. DATA PERIBADI YANG DIKONGSI DENGAN RAKAN PENGIKLANAN

Data peribadi anda mungkin dikongsi dengan rakan pengiklanan kami namun dalam hal sedemikian, anda boleh tidak bersetuju dengan perkongsian data tersebut. Anda boleh mematikan ciri-ciri melalui tetapan akaun anda atau menghantar e-mel kepada kami untuk kami berhenti berkongsi data peribadi anda dengan rakan pengiklanan anda atau disable ciri ciri tersebut dalam tetapan akaun anda. 

 

  1. HAK ANDA UNTUK MENGAKSES DAN MEMPERBETUL DATA PERIBADI ANDA

Anda boleh mengakses dan membetulkan data peribadi anda melalui tetapan akaun anda. Jika anda mempunyai masalah untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda melalui tetapan akaun anda, kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami dengan menghantar e-mel kepada kami. Kami akan memberi anda Borang Permohonan Akses Data atau Borang Permohonan Pembetulan. Pembayaran mungkin dikenakan oleh pihak kami.

Namun kami berhak untuk menolak permohonan anda jika:

  1. Kami tiada maklumat yang mencukupi untuk mengenal pasti identiti anda;

  2. Kami tiada maklumat mencukupi untuk mencari data peribadi tersebut;

  3. Untuk mengakses data tersebut, kami terpaksa akses data orang lain;

  4. Membenarkan anda mengakses data tersebut akan mendatang risiko yang tinggi;

  5. Ada risiko untuk melanggar perintah mahkamah;

  6. Membenarkan anda akses data anda mungkin menbocorkan maklumat sulit kami;

  7. Belum lagi menerima pembayaran bagi akses data peribadi yang dipohon;

 

  1. PERMINTAAN UNTUK MENARIK BALIK DAN MEMADAM DATA 

Anda boleh menarik balik kebenaran untuk pengumpulan, penggunaaa, pemprosesan dan/atau meminta untuk memadam data peribadi anda melalui tetapan akaun anda (apabila terpakai) atau menghantar e-mel kepada kami. Kami akan membantu anda berkaitan dengan hal tersebut. 

Namun, jika anda menarik balik kebenaran anda atau meminta untuk memadam data peribadi anda, kami tidak dapat lagi memberikan Perkhidmatan kepada anda dan kami mungkin perlu hubungan anda yang sedia ada dengan kami. 

 

  1. BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?

Kami akan menyimpan data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini pada satu tempoh yang selagi diperlukan untuk kepentingan kami. Namun, kami akan memusnahkan atau menganonimkan data peribadi anda apabila kami telah menentukan secara munasabah bahawa:

  1. Tiada lagi tujuan untuk mengumpul data tersebut;

  2. Penyimpanan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan;

  3. Tidak lagi kepentingan sah yang lain yang memerlukan penyimpanan data peribadi sedemikian.

 

  1. BAGAIMANKAH KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?

Kami memainkan peranan yang penting untuk melindungi data peribadi anda. Sebab pengguna Perkhidmatan dan Platform kami, anda kena berhati-hati supaya maklumat anda seperti nama pengguna dan kata laluan tidak dikompromi secara tidak sengaja atau berkongsi dengan orang lain dengan sedar.

Kami akan menggunakan cara keselamatan dan prosedur kami untuk melindungi data peribadi anda dan menghalang orang lain daripada mengakses data peribadi anda tanpa kebenaran. 

 

  1. PENAFIAN BAGI PENGGUNAAN LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA

Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menekan pautan ke laman web pihak ketiga. Kami tidak menjamin keselamatan data peribadi anda sebab kami tidak mempunyai kawalan terhadap pautan yang dimiliki oleh pihak ketiga. 

Payex merupakan satu gerbang pembayaran di Platform kami. Anda boleh membaca dasar privasi Payex di https://www.payex.io/legal-information-830868-530458.html. Payex mungkin melalui Platform kami atau mereka untuk mengumpul data lokasi anda untuk tujuan pengurusan aktiviti penipuan (Fraud Management Purpose) namun anda mempunyai hak untuk menolak pengumpulan data lokasi anda. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang tindakan yang dilakukan oleh Payex termasuk pengumpulan data lokasi melalui Platform kami.

 

  1. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA KE LUAR MALAYSIA

Data peribadi yang anda amanahkan kepada kami akan diuruskan standard keselamatan yang tertinggi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pada setakat ini, kami tidak berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana parti di luar Malaysia namun jika perkara tersebut berlaku, anda akan membenarkan kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia. Kami akan memastikan pengambilan langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan mana-mana pembekalan perkhidmatan atau rakan perniagaan kami tidak mengunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan lain selain menyediakan perkhidmatan yang telah dikontrakkan oleh kami dan melindungi data peribadi anda dengan secukupnya

 

  1. PERCANGGAHAN ANTARA VERSI BAHASA MALAYSIA DAN INGERRIS 

Kami telah mengeluarkan Dasar Privasi dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

 

  1. HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, komen dan cadangan lain mengenai pengedalian data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di dpo@recrave.co.

Jika anda telah menghantar e-mel kepada, kami akan membalas emel anda secepat mungkin.

 

X